Rabu, 2 Januari 2019

Happy Gardening With BAJAMIE

Bajamie ni bukan sebarang baja. Ia adalah rumusan terbaik baja yang komponennya terdiri daripada bahan bahan asas yang diadun khas dengan baja AB untuk memastikan keberkesanan baja apabila digunakan. Ia adalah baja yang sangat pekat dan hanya sedikit sahaja diperlukan untuk penggunaan seharian. Justeru Bajamie amat menjimatkan serta mampu bertahan lama dalam simpanan. Dengan harganya yang murah ianya sudah tentu dapat membantu menjimatkan perbelanjaan kebun anda dalam keadaan ekonomi dan situasi harga barangan yang kian meningkat saban hari.

Harga cili burung di Pasar Tani Giant K.Terengganu pada Sabtu lepas (29/12/2018) mencecah RM25.00 sekilogram! Anda tidak perlu membeli cili sehingga 1kg bukan? jika hanya sekadar untuk dipenyekkan dalam budu atau cencalok..tapi anda boleh elakkan harga yang mahal sebegini jika anda mempunyai hobi atau menjadikannya sebagai hobi menanam sayuran sendiri di rumah anda.

Tips untuk menyemai benih:-
1) keluarkan biji cili dari buah yang masak dan keringkan atau jemur panas.
2) simpan beberapa hari di dalam bekas tertutup atau dalam plastik kedap udara.
3) rendam biji tadi dalam air biasa semalaman.
4) toskan.
5) tabur biji benih ke atas Tapak Semaian (seperti di bawah).
6) tutup dengan kain hitam atau letak dlm tempat gelap spt kotak polisterin bertutup.
7) buka selepas 3 hari. InsyaAllah dah bercambah.
*berlainan benih memerlukan tempoh bercambah lebih lama atau kurang.


Penyediaan Tapak Semaian:-
1) guna dulang plastik terpakai yg telah dilubangkan dgn paku atau dril bagi membuang air berlebihan kelak.
2) guna campuran cocopeat (40%), peat moss (30%), pasir sedang (10%) dan tanah merah (20%).
3) siram tapak sehingga lencun dgn campuran air Bajamie yg dicairkan pd nisbah 1 penutup : 10ml air.
4) biarkan semalaman untuk toskan air Bajamie kerana benih tidak bercambah jika tapak terlebih air.

Selamat bercucuk tanam dan bercili...

Jumlah Paparan Halaman

Dikuasakan oleh Blogger.